About Me

My photo
hello its me Siti Nabiha! i have nothing to tell bout myself here. aku happy go lucky person, senang nak marah, tapi cepat baik nye kalo pandai pujok aku, ambik pic mesti senyum sampai nampak gigi, suka tido makan tapi tak pandai gemokks! now im too obses nak kasi badan neh gempal but takla gempal sangat. aku ada 1 badhabit. KENTUT SUKAHATI. I don't know much about things in this world. But I know one thing, for sure :). I AM MUSLIM and I am proud to be one. btw, hey! enjoy your stay here & i hope you'll have a great time reading tru my entries!(;

Thursday, November 10, 2011

cara jaga hati perempuan.












Ramai di kalangan lelaki tak tau bagaimana nak jaga hati pasangannya iaitu wanita joms Mista Jiwang Konsi ngan Korang Jom kita baca.. 

1. Bila awek nie die katakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan korang selepas korang menyakiti hatinya, lebih baik korang beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum korang menegur dengan ucapan maaf.

3. Aweks kat lua sner tue susah nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika korang tidak suka dengan gadis yang sukakan korang separuh mati sbb korang rs korang encem sgt, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang korang tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari korang selepas korang tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya korang masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika korang menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali korang dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan korang.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi korang atau menunggu panggilan dari korang, teruskan usaha korang untuk takel die... xkesah la kene kad merah ke kuning.. jnji dapat tekel.. hehe

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau korang masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadap korang

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. :D

terima kasih daun keladi. click LIKE if suka.

No comments:

Post a Comment